Thursday, December 25, 2008

Kembali Ke Sekolah!

"Saya nak daftarkan anak saya," ujar seorang ayah. "Ya, silakan masuk." Jawab saya =P

Begitulah dialog wajib saya hampir setiap hari. Bermula awal Disember lepas. Sekarang, lagi sibuk sebab dah nak buka sekolah. Saya kerja sekejap, tolong makcik saya menguruskan pendaftaran Sekolah Agama Rakyat dan tadika miliknya iaitu SAR Al-Hidayah dan Tadika Ummi di Menggatal. Begitulah, bila hujung tahun. Mesti busy untuk pendaftaran tahun depan.

Cuti sek0lah memang dah nak habis. Kontrak jadi guru sandaran di SK Tambatuan pun akan tamat 31 Disember ini. Tak tahu lah dapat sambung semula atau tidak. Belum ada result. Sedih juga sebab tak dapat sambung semula kerja di sekolah yang best dan bersama-sama dengan anak-anak murid yang comel tu. Sekiranya saya boleh memilih, saya mahu untuk terus menjadi guru di sana. Tapi...

Tapi Allah sudah memberikan saya peluang yang lebih baik. Alhamdulillah, 2 Januari nanti akan mendaftar di Kolej Za'ba, UKM. Sambung Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam Bidang Biologi. Sekali pula dengan Timah (ex-housemate) dan Nik (sahabat KAI). Hehe, macam mana lah agaknya. Dah setahun tak study. Dengar kata Ainul, rushing juga study DPLI. Harapnya ok, insyaAllah.

Hmm...sebenarnya saya sangat berharap dapat KPLI di Sabah. Sudah lama saya asyik merantau. Sejak tahun 1998 dah bermusafir di Johor hingga 2002. Kemudian sambung di Labuan, setahun. Selepas itu di Terengganu, 3 tahun setengah. 2008 nilah baru dapat spend time di Sabah lama sikit. Anyway, itulah realiti kehidupan manusia. Semuanya Allah yang tentukan. Kita hanya boleh merancang dan bertawakal kepadanya...

UKM... InsyaAllah aku akan berjuang di sana nanti. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Menempuh masa musafir lagi. Tunjukilah aku jalan yang benar dan selamatkanlah aku dari tipu daya syaitan...

Terima Kasih - Thank You- Syukran Jazilan- Pounsikou everyone for reading this post. If you find this post somehow inappropriate in any term "you-like-to-define", kindly specify your suggestions or comments in comments box below.
Manittaba'al Huda Wal 'Inayah Minallahi Ta'ala