Tuesday, November 25, 2008

Personality and career... Check it yourself!


"... Anda seorang individu yang mudah bertolak ansur dan menganggap hak diri dan orang lain sama penting dengan hak diri sendiri. Anda mampu mempamirkan dirinya dengan baik di khalayak umum dan sentiasa tenang. Anda merupakan seorang individu yang agak sensitif terhadap persekitaran dan orang di sekeliling anda. Ada ketikanya anda suka berfikir dan membuat pemerhatian terhadap sesuatu situasi atau perkara yang berlaku. Walau bagaimanapun, anda akan mengeluarkan pendapat anda dengan berhati-hati sekiranya diperlukan. Dalam banyak keadaan, anda akan hanya membuat analisis sekiranya anda perlu membuat sesuatu keputusan yang penting. Mempamirkan perwatakan yang agak mudah mesra dan peramah dengan orang yang rapat dengan anda. Anda berkemungkinan berfikiran agak terbuka dan dapat berinteraksi dengan baik dengan orang lain. Namun, anda juga berkemungkinan besar seorang yang kreatif, imaginatif, dan artistik..."

(Keputusan Ujian Personaliti E-Psybermatrix)

Hahaha... Membaca penyataan interpretasi di atas membuatkan saya tersenyum sendiri. Rupanya penilaian saya terhadap diri sendiri tidaklah begitu sama dengan penilaian ujian personaliti yang saya lakukan di E-Psybermatrix. Membaca interpretasi yang saya perolehi membuatkan saya menganalisis semula personaliti dan peribadi saya. Sememangnya perlu diperbaiki lagi, walaupun saya sangat berpuas-hati dengan laporan yang diberi. Penyataan yang saya paparkan di atas hanyalah 10% daripada apa yang dinyatakan dalam interpretasi sebenar. (Takkan nak bagitahu sepenuhnya kan). Tapi memang berpuas hati bila baca keseluruhan interpretasinya. Agak detail dan memotivasikan.
Contoh Graf Laporan Ujian Personaliti

Berikut pula sedikit contoh Penilaian Ujian Kerjaya saya di mana antara bidang kerjaya yang dikatakan bersesuaian dengan personaliti saya ialah

Allergist-Immunologist (Ahli kaji keimunan dan allergi),
Pediatrician (Doktor bayi, kanak-kanak dan remaja),
Zoo Veterinarian (Doktor Haiwan di zoo),
Perfumer (Pakar minyak wangi/wangian)
dan
Encyclopedia Research Worker (Pekerja Penyelidikan Encyclopedia) ...

Hmm.. Banyak yang tidak pernah saya jangka!


Carta Keseluruhan Profil Minat Kerjaya

Bagi mereka yang pernah melengkapkan Ujian Personaliti dan Ujian Minat Kerjaya melalui Unit Kaunseling di sekolah dulu, soalan-soalan yang ditanya dalam ujian Personaliti dan Ujian Kerjaya di E-Psybermatrix adalah sama sahaja. Bezanya kita tidak perlu kira penilaian sendiri atau menunggu lama keputusan ujian. Sekejap saja laporan ujian sudah dipaparkan.

Jadi, adakah anda juga ingin tahu bagaimana penilaian personaliti anda dan kerjaya apa yang bersesuaian dengan anda? Lawatlah laman web berikut, daftar dan jawablah soalan untuk mengetahuinya... Selamat mencuba!


Klik pada banner di atas

P/s: Laporan tu siap bagi cadangan aktiviti masa lapang kepada saya untuk menyertai Kelab Peminat Individu/ Tokoh Sejarah... Ada ke???


Terima Kasih - Thank You- Syukran Jazilan- Pounsikou everyone for reading this post. If you find this post somehow inappropriate in any term "you-like-to-define", kindly specify your suggestions or comments in comments box below.
Manittaba'al Huda Wal 'Inayah Minallahi Ta'ala