16 Mei 2008
Kali kedua saya meraikan hari ini sebagai seorang guru...
Walaupun hanya sebagai seorang guru tuisyen + tadika + SAR sambilan...boleh la dikira cikgu juga kan..Dah 5 bulan untuk tahun ini... Rasanya dah nak genap setahun bergelar cikgu...
16 Mei 2007
Kali pertama tahun lepas...Pada waktu itu saya baru sahaja 4 hari menjadi seorang guru di Tadiska Tahfiz Gemilang, Terengganu...bestnya...
Selama lebih 6 bulan menjadi guru tadika sememangnya menjadi pengalaman amat bermakna dalam hidup saya...
Rupanya bukan senang untuk menjadi guru kepada kanak-kanak nih...
Banyak perkara yang perlu saya tahu mengenai kanak-kanak...
Kena jadi kreatif... Saya nih pula kreatif kadang itu tak menjadi...
Kreatifnya ada masa tu... tak sesuai dengan umur atau situasi... Banyak lagi perlu belajar..
Profesyen Pendidik memang masih banyak persoalan dalam diri sendiri...
Antara keyakinan, kemahuan dan bakat untuk menjadi pendidik...
Keyakinan itu memang selalunya ada (setakat ini hehe)... Kemahuan itu juga sentiasa di"update" agar sentiasa merasakan mesti belajar untuk memberi sesuatu dalam kehidupan ini (dan mesti ikhlas--> part paling susah...)
Bakat kini masih menjadi persoalan... Berbakat kah?
Semulajadikah... Atau hanya pengalaman demi pengalaman akan menjadikan kita "berbakat"? Masih dan masih mempersoal...
Gagal dalam interview KPLI buat pertama kali tahun lalu...
Belum cukup bersedia untuk menjadi guru??
Baru menghadiri interview GSTT Kota Belud minggu lepas...
Mungkinkah berjaya menjadi guru??
Cukup tabahkah kalau dihantar ke kawasan pedalaman??
Optimis untuk berjaya dalam MTest KPLI akan datang...
InshaAllah... Kiranya itu yang Allah berikan...
Demi untuk mendidik dan yang bakal dididik...
Ya Allah, kurniakan aku kekuatan untuk menghadapi segalanya...
Kurniakan aku kekuatan menjadi seorang pendidik...
Buat semua pendidik-pendidik yang pernah dan kini masih mendidik diri ini... Tidak kira apa jua ilmu yang dikongsi... Di mana juga anda berada kini...

Cikgu Rubinis - Guru masa belajar pertama kali di Tadika Kg. Tempasuk 2:1991
Cikgu-cikgu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di SK Tempasuk 2 : 1992-1997
Cikgu-cikgu SMKA Kuala Selangor (Tersesat sekejap seminggu di sana: 1998)
Cikgu-cikgu SMKA Johor Bahru : 1998 - 2002
Pensyarah-pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan : 2003 - 2004
Pensyarah-pensyarah Universiti Malaysia Terengganu : 2004 - 2007
Especially Puan Norhayati (My supervisor) dan Semua lecturer course Biology
Cikgu Fauzi - Guru Besar Pusat Tahfiz Gemilang, Terengganu
Rakan-rakan Guru di Tadiska Tahfiz Gemilang, Sekolah Rendah Tahfiz dan Integrasi Sains, Terengganu dan Kelantan...
Rakan-rakan Guru di Tadika Ummi, SAR Al-Hidayah dan Taska Ummi, Kota Kinabalu...
Sahabat-sahabiah di Terengganu... Para Ustaz Ustazah yang pernah kutemui..
Anyones whomever I've ever learnt from...
Also...
My sisters and brothers... My uncles...aunties...cousins... My relatives...
My mama and bapa (The great teachers in my life...)
and The Greatest Mu'allim in the whole world... Rasulullah (pbuh)..
Thank you for all and anything or something that I've learn from you all...
Jazakumullahu Khairan Kathira..
Only Him can repay all of you...
Semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya,rahmat-Nya dan ganjaran yang besar buat anda semua...
Ya Allah...
Syukur dan Pujian hanya untuk-Mu... Thank You Ya Allah..
For all that I've own today...
Semuanya hanya daripada-Mu...
dan melalui sumber-sumber yang diizinkan oleh-Mu...
Happy Teacher's Day untuk semua guru-guru di dunia...
Updated:Baru-baru ini pergi interview GSTT... Alhamdulillah berjaya... Esok InshaAllah akan pergi taklimat. Tak tahulah dapat kat mana... Semoga Allah memberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang ...