Tuesday, April 22, 2008

Aku Terima Nikahnya

What is your feeling after reading the title of this post? Apa perasaan anda membacanya? Excited ke? Ada rasa sedikit teruja? Atau rasa malu-malu? Tiada apa-apa perasaan langsung? Suspen juga kalau tak letak gambar ni..Tapi tak pe la.. Dah nampak gambar automatically boleh accept rasanya.

Yang sebenarnya AKU TERIMA NIKAHNYA merupakan tajuk sebuah buku tulisan motivator kegemaran saya, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Tahniah Ustaz!

Cover_01_1 Buku ni baru lagi di pasaran. First keluar masa Pesta Buku kat PWTC hari tu. Terima kasih banyak to my cousin Safwan sebab tolong belikan buku ni. Sekarang bukunya ada di kampung, menjadi tatapan family di sana. (Sorry Naza, lambat sikit baru dapat bagi ko baca semula ya. Tiak pa la, ko online jak ok... Kita kan senang lagi access kepada internet kan?).

Buku ini seperti yang dikatakan oleh penulis merupakan buku mengenai perkahwinan, kekeluargaan dan perhubungan. Yang lebih tepat lagi buku ini berkisar tentang isu sebelum, semasa dan selepas kahwin dari perspektif seorang lelaki yang merupakan suami kepada isterinya dan ayah kepada anak-anaknya (juga pernah menjadi tunang kepada bakal isterinya).

Buku ni sebenarnya kompilasi artikel-artikel beliau dari laman web www.saifulislam.com yang mana semuanya ditulis dengan style penulisan yang menarik dan lain daripada yang lain (ala bercerita dan hampir kesemuanya diselitkan pengalaman "Kisah Benar" yang beliau lalui sendiri. Saya memang suka sangat dengan cara penulisan dan penyampaian Ustaz ini sebab lebih santai.

Saya kira buku ini must read untuk semua golongan. Lebih-lebih digalakkan kepada mereka yang belum berkahwin atau sedang merancang untuk berkahwin. Secara simplenya Preview untuk yang bakal berkahwin, dan Review bagi yang sudah berkahwin. Boleh juga beli secara online di laman web tersebut. So, sila dapatkan naskhah anda secepat mungkin!

Tambahan:
Tahniah kepada cousin yang jauh di Mesir kerana telah selamat menjadi tunangan orang minggu lepas. Pertunangan Bersejarah juga kerana kehadiran si gadis hanyalah melalui skrin laptop. (Lucu pun ada). Majlis yang serba sederhana, dihadiri oleh beberapa sanak-saudara terdekat dan rombongan wakil dari pihak lelaki. Satu pengalaman baru "Pertunangan Online". Anyway saya doakan agar segala urusan berjalan lancar.

Takziah juga kepada seorang teman yang khabarnya baru putus tunang. Sama-samalah ambil iktibar dan kembalikan semuanya kepada Allah Ta'ala. Jodoh pertemuan ketentuan Allah. Semoga perjalanan hidup dirahmati-Nya.

Tambahan. Klik sini untuk membeli bukunya.